Tuesday, August 2, 2011

TIPS PENJAGAAN PREMIUM BEAUTIFUL (PB)


MASA BASUH



Basuh bila perlu. Maknanya kalau korang rasa Premium Beautiful masih bersih dan tidak berbau boleh teruskan pakai. Pastikan kawasan net di bawah kelangkang girdle sentiasa di basuh utk elakkan kuman membiak. Kalau nak basuh hari-hari pun boleh pasal material PB ni cepat kering. Pas korang balik kerja, terus basuh semasa korang mandi tu. Cara-cara membasuh seperti berikut :





CARA-CARA MEMBASUH PREMIUM BEAUTIFUL



  • Basuh PB dengan cucian tangan sahaja. Elakkan memerah/memintal dengan kuat. Tak perlu nak sental kuat-kuat :)


  • Masukkan separuh air bersih dalam baldi dan campur sedikit PB Wash atau apa-apa jenis liquid detergen yang lembut (jangan guna sabun serbuk). Kemudian celup dan basuh PB dengan dengan tangan.


  • Bilas PB hingga bersih dan sangkut pada penyidai dalam bilik air supaya air basuhan PB menitik dan kering. Boleh juga keringkan PB dengan tuala bersih.


  • Bila air tidak menitik lagi, boleh sidai PB dalam bilik bawah kipas.


  • PB akan kering dalam masa 4-6 jam so masa terbaik untuk basuh ialah masa balik dari kerja. Esoknya boleh pakai lagi =)
PANTANG LARANG


  • Jangan basuh Premium Beautiful dengan mesin basuh atau memerah dengan kuat.


  • Jangan iron atau dry clean.


  • Jangan jemur di bawah/direct pada cahaya matahari.


  • Jangan basuh dengan sabun serbuk.

No comments:

Post a Comment